dia masih gigih. setelah aku kotak-katikkan niat murninya dulu. dia masih tak putus asa. walaupun setiap kali dia bertanya, aku cuma jawab dengan senyum. macam budak mongolia yang tak faham bahasa melayu dan hanya mampu senyum, dan kadang-kadang geleng.

dia masih juga begitu. dengan muka penuh harap. dengan harapan aku akan menjawab. dengan harapan aku akan makan umpan yang dia suakan itu. dan aku tetap juga aku, cuma senyum. berhati-hati, mohon tak keterlaluan sampai nampak lesung di pipi.

dan dia masih juga tak malu, biarpun satu hari dulu terserempak dengan aku, di pasaraya berdekatan tempat tinggal kami itu. ketika aku sendiri, membeli keperluan peribadi dan dia, mendukung seorang budak dan memimpin seorang lagi. dan sumpah aku belum tuli ketika aku mendengar mulut mungil itu memanggilnya “ayah”. dan aku, masih juga senyum. cuma berbeza dari selalu, kali ini senyum kemenangan.

sejak hari itu, dia kurang menegur. malah kali pertama bersua selepas insiden itu, dia sembunyi di sebalik tiang pintu gerbang. tetapi tadi, dia sudah hilang malu agaknya. dia tanyakan ini,

dan dia tanyakan lagi;

“kenapa tak call pun?”

“aa?”

“kenapa tak call pun nombor yang aku bagi tu?”

dan aku senyum juga. tapi aku tak betah diam dan senyum saja.

“err.. nak kena call eh? ingat saja-saja bagi…”

dan berlalu, sambil senyum lagi. dan update blog ini. hai, encik isa (bukan nama sebenar)… encik isa… (aku tak taste laki orang@bapak orang! tulun!!!)

Tags:

Comments No Comments »

jam 12 tengahari. balik makan. ada surat di peti surat, bernama ‘Anakanda Asmidah Sisam’, sah bukan dari mak aku. tapi mak aku yang satu lagi. sampul putih panjang berisi kertas keras. sah kad jemputan majlis kahwin. takkan kame, tentu-tentu ujang.

aku senyum membuka sampul. kad yang cantik, kemas dan unik. macam brochure syarikat koperat. tapi bukan itu yang menakjubkan. tentu saja abah, cuda dan ky tu kerja di tempat membuat benda-benda begitu. haruslah kad kahwin adik beradik cantik, kan?

habis belek kad, aku ke sink di bilik air. basuh tangan mahu makan. tengok-tengok muka di cermin sambil belek-belek jerawat di pipi yang menjadi lambang keremajaanku. dan ketika itulah aku ternampak sesuatu, di belahan rambut yang melepek selepas buka tudung. cuma satu, tapi nampak jelas walau tanpa sumber cahaya yang cukup.

ya, cuma satu. atau lebih tepat, sehelai - rambut bewarna putih dari akar ke hujung. yang sehelai itu telah menafikan semua jerawat di muka lambang keremajaanku. dan bila aku jerit: “mak aku ada uban!” dan bapak cuma ketawa. aku rasa mak ketawa juga, tapi aku tak dengar.

jadi hari ini adalah hari yang menakjubkan kerana pada usia 30 tahun, aku hilang keremajaan yang cuba aku petahankan selama ini. sudah tua rupanya. ayuhlah beribadah (motif ayat insaf?)

Tags:

Comments 2 Comments »

hari ini aku pulang makan tengahari dengan hati yang gembira. perempuan simpanan yang aku pesan akhirnya berjaya menjumpai rumah aku dengan selamatnya. aku dakwa dia bersiar-siar di perkarangan rumah tansri ntah mana-mana seminggu lalu. puas aku nanti ketibaannya. maaf aku berfikir yang bukan-bukan.

namun penantian aku itu tidak sia-sia, kerana dia bukan sahaja manis, merah jambu, lucu dan menarik hati, bahkan dia juga membawakan aku bekal karipap inti sardin dari pembekalnya.

aku sangat gembira dan terharu. mungkin kebetulan, tetapi aku memang pencinta karipap yang sejati. dan apabila perempuan simpanan yang manis, merah jambu, lucu dan menarik hati datang bersama karipap inti sardin yang comel - aku rasa mahu melompat bintang!

walaupun bungkusan warna cokelat muda yang membawa perempuan simpanan itu cuma dilekatkan dengan pelekat wayar elektrik (yang aku ragukan tahap keselamatannya), namun aku tetap gembira menerima. aku tinjau berkali-kali di dalamnya - mana tahu ada karipap inti lain pula.

untuk rakan-rakan yang mudah cemburu, silalah berbuat demikian mulai sekarang. kerana aku mahu pergi tidur bersama perempuan simpanan yang manis, merah jambu, lucu dan menarik ini.

Tags:

Comments 7 Comments »